21 Dec 2011

Vacation: Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Perak

Hi Assalamualaikum. Actually, saya dah lama nak post tentang 'Percutian 2011' namun masa mencemburui saya. So, hari ini saya akan menceritakan tentang percutian saya di tiga negeri  iaitu di Pulau Langkawi, Kedah, Georgetown, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak. Saya cuti dalam negara je. Orang lain semua dekat luar negara, very lucky lah. Dalam negara pun best saya bersyukur :)

Pulau Langkawi
Pada hari Rabu pukul 5.30 pagi kami sekeluarga telah bertolak untuk ke Pulau Langkawi. Yes, perjalanan yang sangat jauh sebab kami naik kereta dulu pernah naik kapal terbang je. Tak tahu nak buat apa dalam kereta so I just read a novel & look at the forests and the beautiful hills. Perjalanan ke Utara memang sangat lawa. Aku nampak gua, batu kapur. Ah..very beautiful! Saya sampai ke Jeti Kuala Perlis pada pukul 2.30 macam tu lah. Feri bertolak pukul 4.00 petang. Nak pergi ke Pulau Langkawi mengambil masa dalam 1 jam. Sampai di Pulau Langkawi, kami berehat sebentar di hotel. Dah malam tu kami sekeluaga pergi shopping di Pekan Kuah. Beli chocolate lah apa lagi haha.

Pada hari kedua, iaitu hari Khamis kami bangun awal sikit sebab kami akan pergi ke Pulau Beras Basah, Pulau Singa, Pulau Dayang Bunting dengan menaiki boat. Masa naik boat tu punya lah bergoncang perut aku sakit nak mampus tapi best gilalah. Pantai & laut Pulau Beras Basah cantik sangat, ar jernih je pasir pulak macam serbuk susu. Kalau pergi langkawi singgahlah sana tau. Selepas itu, kami pergi ke Pulau Singa tapi tak turun pun cuma bagi burung helang makan je. Then, pergi Tasik Dayang Bunting. Kalau minum air tasik dia akan dapat zuriat. Hahaha itu apa yang saya baca dekat satu board di sana. Dalam laut ada tasik pelikkan? Itulah Tasik Dayang Bunting. Tempat dia cantik, tapi banyak monyet yang suka mencuri. Tak boleh nampak plastic bag kalau tengok je dia ambil. Pada pukul 4 petang kami pergi ke Teluk Burau untuk menaiki cable car that took us up to Gunung Mancincang. OMG, cable car dialah antara cable car paling seram di dunia hahaha. Aku naik cable car tu menggigil tau. Masa dekat Genting ok je tapi Langkawi punya berbeza gila! Takut nak mampuih.

Keesokan paginya, kami bertolak ke Pulau Pinang.

Pulau Pinang
Kami sampai Pulau Pinang malam. Agak susah untuk mencari hotel kerana banyak yang full. Cari punya cari, jumpa juga hotel di Bt.Ferringhi. Esok paginya, kami pergi ke Bukit Bendera. Atas bukit tu takde apa pun. Lepas tu, pergi makan nasi kandar. Petang tu, kami bertolak ke Perak pulak.

Perak
Sampai Perak malam jugak. Cari hotel pun senang sebab situ bandar dekat Ipoh. Esok paginya kami bangun dan terus bertolak ke Lost World of Tambun. Ramai gila orang masa tu. And you know what? For me, Tambun tak best langsung. Mandi punya mandi, saya dan adik saya pergi naik Pirate. Ya Allah, aku dah tak nak naik dah benda tu. Takut gila. Menangis aku! Hahaha. Dah petang sikit tu, kami pun balik sebelum tu kami singgah kedai dulu makan.



Kami sampai Bandar Baru Bangi tepat pada pukul 12.00 malam. Penat sangat  dan terus tertidur...Zzz...percutian yang amat bermakna bagi kami sekeluarga. Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca post saya pada kali ini. By the way, these are some photos of us..

belum sampai Langkawi tapi muka dah penat..

MONKEY





at Makam Mahsuri



Bukit Bendera dekat belakang kami tu..


Lost World of Tambun


mula-mula happy dalam pirate

pastu, rasa nak nangis..






 

She Is Raz Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template