21 Mar 2013

A Last Minute Practice

0 comments
Hi everyone,

Harini murid-murid form 4 ada pertandingan Puisidra Biology. Percaya tak kalau saya cakap yang kelas kami baru practice harini? Tapi props semua dah siap awal, skrip pun semua dah ada. So masa pertandingan tadi, semua okay je lah. Tapi jealous lah sebab semua kelas buat best. But never mind lah, past is past. Lepas ni director kami nak balas dendam untuk buat yang the best for English drama hihi. So here are the pictures of us during a last minute practice in bilik APD.














Thanks for reading!

Love, Raz Amira

15 Mar 2013

Al-Fatihah To My Grandmother

2 comments
21 Februari 2013

"Betul ke kita balik Sarawak 20/3/2013 ni? Betul ke ma?" Aku soal kan soalan sebegitu beberapa kali pada ibuku. Aku terlalu gembira, akhirnya hajat ku dimakbulkan Tuhan untuk berjumpa keluarga ku di sana, terutamanya nenek. Sejak kebelakangan ini, aku sering teringatkan nenek dan suasana di kampung sehingga ada satu malam ketika aku sedang menyiapkan kerja sekolah, aku menangis kerana rindu kan nenek dan keluarga di sana. Nenek ku demam, oleh itu kami satu keluarga akan pulang ke Sarawak.

26 Februari 2013

"Ma nenek macam mana? Dah baik demam ke? Tanya ku kepada ibu ku ketika aku sedang menyiapkan kerja sekolah. "Cik Imuk kata, nenek dah boleh bangun dah, dah ok dah nenek." Ibuku menjawab. "Oh baguslah macam tu." Balas ku. "Hm..nenek mesti gembira kan kalau tengok kita balik!" Kata ku kepada ibuku sambil itu, aku memebayangkan suasana di kampung. Tahap kerinduan terhadap nenek ku dan keluarga ku di sana tidak boleh diungkapkan. Aku sangat rindukan mereka!

27 Februari 2013, 14:23 pm

Semasa di foyer sekolah, aku berborak dengan Rabiatul, kawan ku. Aku meluahkan perasaan ku kepada nya bahawa aku tidak sabar untuk berjumpa nenek. "Eh! Raz, mak kau datang." Jerit Rabi sambil menudingkan jari telunjuk nya pada ibuku. Aku lihat wajah ibuku, wajah nya sedih. Mata ibuku lebam seperti baru selesai menangis. "Kak jom balik, malam atau esok pagi kita balik Sarawak." Kata ibu ku dan aku tertanya-tanya pada diri ku, apa yang telah berlaku. Aku dapat rasakan berita sedih akan menimpa diriku. "Kenapa pula?" Soalku pada ibuku. "Nenek dah tak ada pukul 11.30 pagi nenek meninggal dunia." Aku terdiam, aku tergamam, badan ku sejuk. Aku seolah-olah tidak dapat terima apa yang dikatakan ibuku sebentar tadi. Semasa di dalam kereta, aku menangis, aku tanya diriku sendiri, mengapa nenek tidak tunggu kami? Kenapa?  Itulah yang dinamakan ajal di tangan Tuhan, aku hanya mampu berdoa agar roh nenek aman & sejahtera. Al-Fatihah.

Me and my arwah nenek (2010)


Thanks for reading!

Love, Raz Amira
 

She Is Raz Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template